Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Peguam: Jawi wakili kepentingan umum, bukan kerajaan

Seorang peguam syariah yang mewakili bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahu Mahkamah Rayuan Syariah di Kuala Lumpur hari ini bahawa ketua pendakwa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mewakili kepentingan umum dan bukan kerajaan.

Datuk Dr Mohd Rafie Mohd Shafie berkata, bidang kuasa ketua pendakwa syariah berbeza daripada Peguam Negara.

"Ketua pendakwa syariah tidak boleh 'pilih bulu' (tidak boleh secara rawak memilih untuk mendakwa seseorang dan tidak berbuat sedemikian pada yang lain-lain) kerana beliau mewakili kepentingan awam dan bukannya kerajaan," kata Mohd Rafie.

"Kuasa-kuasa atau budi bicara ketua pendakwa tidak mutlak (boleh dicabar)," ujar beliau.

Rafie berkata demikian dalam hujahnya dalam rayuan Anwar terhadap Ketua Pendakwa Jawi, Pengarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Bahrom dalam permohonannya bagi mereka mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan untuk qazaf (kesaksian palsu).

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Syariah yang memutuskan ketua pendakwa tidak boleh dipaksa untuk mendakwa kerana beliau mempunyai budi bicara adalah salah.

"Terdapat satu kes prima facie bagi Saiful untuk didakwa seperti yang ditunjukkan dalam surat-menyurat yang disediakan dan juga dari keterangan oleh Dr Othman Abdul Hamid (daripada hospital Islam Pusrawi) yang menjadi orang pertama memeriksa Saiful dan memberi keterangan tidak ada tanda-tanda penembusan dubur," jelas peguam itu.

Anwar telah memohon kepada Mahkamah Rayuan Syariah untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Tinggi Syariah pada April 2010 yang membatalkan permohonan qazaf beliau.

Beliau memfailkan permohonan itu pada tahun 2010 untuk Jawi dan ketua pendakwa untuk mengambil tindakan ke atas Saiful di bawah qazaf kerana didakwa berbohong dan tidak mengemukakan empat orang saksi yang diperlukan untuk mengesahkan dakwaan liwatnya.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS