Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Penakutnya rejim Israel pada 13 wanita tak bersenjata'

Gabungan 25 NGO hari ini menuntut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bertindak tegas ke atas Israel meskipun wakil tunggal Malaysia dalam misi kemanusiaan 'Women's Boat to Gaza' (WBG) Dr Fauziah Mohd Hasan bersama 10 anggota misi itu ditahan Rabu lalu.

Presiden Pertubuhan Kebajikan Serantau Muslim, Raja Ahmad Iskandar berkata ini kerana masyarakat dunia khususnya Malaysia sudah bosan dan kecewa dengan apa yang dilakukan rejim Israel itu.

Katanya, penahanan semua aktivis misi bantuan kemanusian ke Palestin itu tidak sewajarnya berlaku dan tidak seharusnya berulang.

"Walaupun kami dimaklumkan sudah ada pembebasan kami tetap menekankan PBB supaya perkara ini tidak sepatutnya berlaku dan tak perlu berulang sekali lagi.

"Rakyat Malaysia terutamanya sudah kecewa dan bosan dengan suasana yang berlaku hari ini," kata Raja Ahmad.

Malah, Raja Ahmad berkata pembebasan semua mereka juga adalah bukti tidak timbul sebarang ancaman keganasan.

"Mereka yang ditahan kebanyakkannya adalah wanita jadi kami lihat

"Mereka yang ditahan kebanyakkannya adalah wanita jadi kami lihat penakutnya rejim Israel ini kepada 13 wanita yang tidak bersenjata, yang membawa misi keamanan pun boleh menjadi satu ancaman besar kepada kerajaan Israel," kata Raja Ahmad.

Terdahulu Raja Ahmad bersama 25 NGO menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil PBB di Malaysia yang berpusat di Wisma UN, Kuala Lumpur.

Memorandum itu disampaikan kepada koordinator khas perwakilan PBB, Juanita Joseph.

Tentera Israel kelmarin menahan 10 aktivis termasuk wakil Malaysia dan tiga anak kapal Zaytouna-Oliva yang menyertai misi kemanusiaan Women's Boat to Gaza (WBG) di Pelabuhan Ashdod, Israel.

Kapal itu kemudiannya ditunda tentera Israel.

Lihat Komen
ADS