Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diberi penghargaan untuk menerima Anugerah ' Moderate Muslim of the Year ' daripada Pusat bagi Pengajian Islam dan Demokrasi (CSID) yang berpangkalan di Washington.

Menurut kenyataan CSID, Anwar menerima anugerah tersebut sempena Persidangan tahunan CSDI ke-6 pada 22 hingga 23 April lalu di Washington D.C, bertemakan Demokrasi dan Pembangunan: Cabaran Kepada Dunia Islam .

Presiden CSID, Radwan Masmoudi berkata, beliau amat berbangga kerana Anwar hadir untuk menerima penghargaan tersebut.

Beliau menganggap Anwar sebagai pejuang demokrasi yang tidak kenal jemu, semenjak zaman mudanya sehinggalah mengetengahkan Islam moderat dalam interpertasi Islam di Malaysia dan Asia Tenggara.

Beliau berkata, anugerah tersebut diberikan kepada mereka yang memperjuangkan demokrasi dalam dunia Islam, terutama kepada mereka yang menghadapi keperitan dalam memperjuangkannya.

Pejuang demokrasi

Sebelum itu, katanya, anugerah tersebut diberikan kepada Saad Eddine Ibrahim, penggerak Pusat Ibn Khadun yang juga merupakan pejuang hak asasi berketurunan Mesir pada 2003.

Manakala pemikir reformis Iran AbdolKarim Soroush telah dipilih untuk menerima anugerah tersebut pada tahun lalu.

Sebelum itu, katanya, anugerah tersebut pernah diberikan kepada pemikir reformis Iran AbdolKarim Soroush pada tahun 2004 dan Saad Eddine Ibrahim, penggerak Pusat Ibn Khadun yang juga merupakan pejuang hak asasi berketurunan Mesir pada 2003.

Persidangan tersebut dihadiri oleh 300 tokoh politik, pendidikan dan aktivis demokrasi dari Amerika dan Dunia Islam.