Perjanjian mungkin terus walau 2 calon presiden AS anti-TPPA
Apa akan jadi terhadap Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) selepas Amerika Syarikat (AS) mendapat presiden baru nanti?
Persoalan itu timbul apabila kedua-dua calon presiden Donald Trump dan Hillary Clinton menentang perjanjian dagang dengan 12 negara itu.
Clinton, malah berkata beliau akan batalkan TPPA jika terpilih.
Mengulas perkara itu, Duta AS ke negara ini Joseph Y Yun bagaimanapun berkata beliau sangat yakin perkara itu tidak akan berlaku.
Katanya, Presiden Barack Obama sering berkata beliau akan bekerjasasama dengan Kongres AS ke arah meratifikasi TPPA sebelum berundur Januari depan.
Malah, TPPA akan ada desakan kuat apabila Konggres bersidang lagi awal bulan depan, jelas Yun.
“Jika ia melebihi tempoh itu, kita tengoklah.
“Saya tidak yakin ia akan jadi kesimpulan yang akan dibuat sama sekali, iaitu Trump atau Setiausaha Clinton, akan batalkannya,” katanya.
“Dua belas negara telah berunding perjanjian yang sangat sangat baik.. Jadi saya hendak lihat perjanjian ini terus maju ke depan.
“Ia benar-benar akan cipta lebih banyak kerja, lebih eksport, lebih peluang kepada 12 negara di rantau ini.”

