Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Polis siasat isyarat lucah peguam pada forum RUU355
Diterbitkan:  Oct 10, 2016 11:00 AM
Dikemaskini: 3:44 AM

Polis malam ini akan merakamkan kenyataan Siti Kasim kerana memberi isyarat lucah kepada peserta forum pindaan Akta Mahkamah Syariah (RUU355) di Shah Alam bulan lalu.

Peguam dan aktivis kontroversi itu berkata temujanji beliau dan pegawai polis terlibat telah dibuat pada 8 malam ini di ibu pejabat polis daerah Shah Alam pada jam 8 malam ini.

Beliau bagaimanapun berkata tidak kesal dengan tindakan peserta yang dirujuknya sebagai "Islamofascists" dan didakwa mengganggunya terlebih dahulu.

“Ya, saya akan lakukan apa saja yang layak untuk mereka yang berhak dapat finger salute,” tulisnya di Facebook.

Siti juga terus meluahkan rasa marahnya dengan memuat naik gambar isyarat jari tengah dengan slogan: “Hold your head high and your middle fingr higher” (Angkat tinggi kepalamu dan jari dan jari tengahmu lebih tinggi lagi”.

Kecoh dan berang diganggu ketika bertanya soalan, Siti membalas ejekan orang ramai terhadapnya dengan menunjukkan isyarat lucah menggunakan jari tengah dalam Wacana Sinar Harian 5 September lalu.

Sebelum itu Siti berdiri mempersoalkan mengapa orang Islam di negara ini dipaksa mematuhi Perlembagaan Persekutuan yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi negara sedangkan ia “antara saya dan tuhan”.

Wacana itu membincangkan realiti dan tanggapan berkata pindaan akta yang akan dibawa oleh Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menambah bidang kuasa mahkamah syariah.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS