Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cabaran 'Kita Lawan', mahkamah minta kemuka fakta
Diterbitkan:  Oct 10, 2016 11:47 AM
Dikemaskini: 4:14 AM

Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini tidak membuat sebarang keputusan berhubung cabaran penting mengenai isu perlembagaan melibatkan demonstrasi jalanan oleh tujuh aktivis dan ahli politik dalam perhimpunan 'Kita Lawan'.

Ketua Hakim Negara, Tun Ariffin Zakaria, yang mengetuai panel lima anggota berkata fakta bahawa pemohon mengambil bahagian dalam protes jalanan perlu dikemukakan terlebih dahulu.

"Kami tidak mahu jawab soalan akademik," katanya.

Mahkamah tertinggi itu akan mendengar isu perlembagaan selepas fakta dikemukakan pada perbicaraan, kata Hakim Ariffin.

Pemohon-pemohon adalah ahli parlimen DAP Chong Chieng Jen dan Julian Tan, ahli parlimen PKR Sim Tze Tsin, Pengerusi BERSIH Maria Chin Abdullah, aktivis Fariz Musa dan Adam Adli Abdul Halim.

Menurut peguam mereka Gobind Singh dan Latheefa Koya, ini adalah cabaran perlembagaan pertama mereka berhubung protes jalanan.

Mereka mahu mahkamah menentukan sama ada Seksyen 4 (1) (c) dan 4 (2) (c) Akta Perhimpunan Aman (PAA) tidak selaras dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS