Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
NGO: PM restui tindakan Jamal, keganasan baju merah?
Diterbitkan:  Oct 12, 2016 2:03 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Sekumpulan 13 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk membidas tindakan ganas oleh Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dan kumpulan ‘baju merah’ yang diterajuinya.

Kumpulan itu, termasuk Persatuan Aliran Kesedaran Negara (Aliran), Suaram, Pusat Komas, Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Proham) dan Jawatankuasa Bertindak Kuala Lumpur Tak Nak Insinerator, melahirkan kebimbangan terhadap tindakan liar Jamal itu, seolah-olah beliau berada di atas undang-undang.

"Kami bimbang bahawa ada kuasa politik lebih besar di belakang Jamal dan baju merah kerana dia seolah-olah tidak boleh disentuh dan berada di atas undang-undang.

"Apakah perdana menteri merangkap presiden Umno memberi sokongan politik dan merestui tindakan Jamal, Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, untuk terus mengganas dengan kumpulan samseng baju merah?

"Adakah perdana menteri akan mengutuk secara terbuka keganasan oleh kumpulan baju merah itu dan bertindak terhadap Jamal dan samseng baju merah? Perdana Menteri mesti jawab sekarang," kata NGO itu dalam satu kenyataan bersama yang dibacakan oleh Zaid Kamaruddin pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Zaid mewakili Gabungan Bertindak Malaysia dan Pertubuhan Ikram Malaysia pada sidang akhbar itu.

Beberapa NGO seperti Aliran, Komas dan Hakam, adalah ahli gabungan BERSIH.

Menurut kumpulan itu, Jamal dituduh menumbuk seorang peserta BERSIH di Teluk Intan, memintas dan menyekat konvoi BERSIH yang sedang dalam perjalanan dari Teluk Intan ke Bidor, mengancam untuk melanggar kenderaan BERSIH.

"Walaupun begitu, masih tiada tindakan diambil terhadap Jamal oleh pihak polis atau mana-mana pihak berkuasa lain setakat hari ini, kecuali kenyataan ketua polis negara bahawa posting di Facebook di bawah akaun 'Dato Jamal Yunos' akan disiasat,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS