Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib Razak kini boleh dimuat turun
Diterbitkan:  Oct 12, 2016 2:19 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Selepas diiikuti meluas di media sosial, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kini mempunyai aplikasi telefon bimbit beliau sendiri.

Katanya, ia akan membawakan perkembangan terkini kepada rakyat Malaysia, selain mempunyai siaran langsung eksklusif program-programnya.

“Saya telah melancarkan aplikasi Najib Razak yang akan membawa kepada anda perkembangan terkini, semua dalam satu aplikasi.

“Aplikasi ini juga mempunyai ciri siaran langsung eksklusif bagi menyiarkan aktiviti-aktiviti serta program-program saya.

"Muat turun agar kita terus kekal berhubung!” tulisnya di Facebook.

Aplikasi itu boleh dimuat turun di Google Play Store untuk telefon Android dan App Store (Apple).

Berdasarkan gambar promosi, ia dilihat aplikasi yang menggabungkan blog Najib dan akan media sosialnya termasuk Twitter, Facebook, Instagram dan Flickr.

Menurut maklumat di Google Playstore, ia ditawarkan oleh RDSB dan kali terakhir dikemas kini semalam.

Sementara itu, aplikasi itu juga meminta kebenaran untuk akses kepada gambar, media dan fail lain dalam peranti yang dipasang.


Aplikasi Najib kena serangan 'bintang 1'

Lihat Komen
ADS