Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan aplikasi mudah alihnya sendiri, pengguna media sosial bimbang sekiranya memuaturun aplikasi itu akan menyebabkan data telefon bimbit mereka diceroboh.

Satu lagi kebimbangan adalah mengenai identiti pembangun aplikasi misteri itu, Resonate Digital.

Sebagai contoh, siapa memiliki syarikat ini? Berapa banyak dana yang diterimanya untuk membangunkan 'Najib Razak'? Berapakah kos 'Najib Razak'? Apakah projek yang diberikan kepadanya melalui bidaan terbuka?

Terlalu banyak persoalan, namun hanya sedikit maklumat yang ada.

Satu carian internet mendedahkan bahawa syarikat itu tidak mempunyai laman web ataupun nombor telefon pejabat.

Semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia menunjukkan bahawa Resonate Digital Sdn Bhd ditubuhkan pada Januari 2014.

Dalam bahagian 'jenis perniagaan' ia menyebut syarikat itu secara asasnya terlibat dalam pengurusan, pentadbiran, pembangunan, kawalan, pengawasan, dan pemasaran bagi penyelesaian pengurusan web dan strategi komunikasi.

Syarikat itu mempunyai dua pengarah: Amhari Efendi Nazaruddin, 40 iaitu seorang pegawai khas di Jabatan Perdana Menteri dan Har Kok Kit, 47, bekas eksekutif kanan di Astro.

Menurut kunci kira-kira bertarikh 30 April 2015, syarikat itu mempunyai aset semasa berjumlah RM8,920 dan liabiliti berjumlah RM8,839.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS