Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Lepas pakcik rogol remaja, datuk sendiri pula cabul
Diterbitkan:  Oct 14, 2016 3:29 PM
Dikemaskini: 1:00 PM

Harapkan pegar, pegar makan padi. Begitu perumpaan terhadap kisah seorang gadis berusia 13 tahun di Melaka yang dipercayai dirogol berulangkali oleh bapa saudaranya sejak September lalu.

Lebih malang, gadis itu juga dipercayai dicabul secara seksual oleh datuknya dalam kejadian sejak Ogos lalu.

Pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah di Batu Berendam itu dikatakan tinggal dengan datuk dan nenek serta bapa saudaranya di Taman Melaka Baru.

Menurut laporan polis pada 9 Oktober, remaja itu pada mulanya dicabul oleh datuknya yang berusia 64 tahun selepas ditunjukkan video lucah oleh lelaki itu ditelefon bimbitnya.

Jenayah itu dilakukan secara berterusan sehingga bulan September apabila bapa saudara berusia 30 tahun pula merogolnya di rumah keluarga itu.

Guru-guru di sekolah pelajar berkenaan mula mengesyaki sesuatu yang tidak kena selepas tingkah laku remaja itu tiba-tiba berubah.

Selepas disoal berkali-kali, gadis itu kemudian mendedahkan apa yang berlaku kepadanya dan pihak sekolah segera memaklumkan ibu bapanya yang tinggal berasingan di tempat lain.

Satu laporan polis dibuat oleh gadis itu dan ibunya yang berusia 32 tahun, lapor NST.

Berikutan itu polis menahan suspek untuk siasatan.

Ketua Polis Negeri Datuk Ramli Din berkata polis menahan datuk dan bapa saudara mangsa bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana merogol dan mencabul kehormatan.

Lihat Komen
ADS