Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Organisasi media kutuk gangguan kumpulan anti-BERSIH
Diterbitkan:  Oct 16, 2016 7:41 PM
Dikemaskini: 11:45 AM

Organisasi media menyuarakan tentangan terhadap tindakan segelintir penyokong kumpulan anti-BERSIH yang mengganggu dan mengasari anggota media ketika membuat liputan konvoi BERSIH di Kuala Selangor, semalam.

Malaysiakini mengutuk gangguan terhadap wartawan dan jurugambar yang menjalankan tugas mereka dengan turut mengambil perhatian mengenai salah satu daripada jurugambar portal berita turut menjadi mangsa.

"Kami tahu, sedar Datuk Seri Jamal Md Yunos telah memohon maaf atas tingkah laku ahli yang sukar dikawal. Bagaimanapun, Malaysiakini menuntut Jamal agar memastikan serangan ke atas kakitangan media seperti itu tidak berulang."

Jamal yang merupakan Ketua Umno bahagian Sungai Besar mengepalai pergerakan anti-BERSIH berbaju merah.

"Perbuatan samseng seperti itu tidak dapat diterima mahupun bertolak-ansur," tegas portal berita tersebut dalam kenyataan, hari ini.

Sentimen yang sama juga disuarakan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media The Star, Datuk Seri Wong Chun Wai yang turut mengutuk gangguan dan ugutan oleh kumpulan anti-BERSIH terhadap wartawan.

Ujar beliau, provokasi sedemikian terhadap media yang membuat liputan konvoi Bersih 5.0 di Kuala Selangor tidak sepatutnya tidak berlaku sambil menambah bahawa tiga wartawan The Star yang diganggu dan dikasari telah membuat laporan polis dan mengenal pasti mereka yang terbabit kepada pihak polis.

"Kami berharap tindakan yang sewajarnya akan diambil dengan pantas.

"Malaysia bukan tempat untuk berbuat hukum rimba, menjadi samseng atau pengacau.

"Tiada sesiapa yang seharusnya dibenarkan untuk mengganggu dan menakut-nakutkan sesiapa jua terutama petugas media daripada menjalankan tugas," tegas beliau dalam kenyataan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS