Pengerusi DAP Johor Liew Chin Tong berkata, parti itu akan meneruskan persiapan untuk menghadapi pilihan raya mengejut di Johor, sekali pun Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menafikan bahawa pilihan raya itu akan diadakan.

Liew berkata mereka yang bercadang untuk mengadakan pemilihan mengejut tidak akan mengakuinya sehingga tiba masanya untuk mengadakan pilihan raya.

"Jika ada pilihan raya mengejut, dia sudah tentu mahu menafikannya sehingga tarikh itu bersesuaian. Kita akan terus membuat persediaan di peringkat akar umbi.

“Seperti saya katakan, matlamat kami adalah untuk memastikan bahawa lebih baik kita bersedia di setiap kawasan yang kita akan tandingi menjelang akhir tahun ini. Kita akan terus berusaha ke arah itu.

"Tetapi seperti saya katakan, sesiapa sahaja yang mahu mengadakan pilihan raya mengejut tidak akan mengakuinya," kata Liew kepada pemberita selepas pelancaran perpustakaan baru sosial demokrasi, Pusat Penyelidikan Sosial Kemajuan (Refsa) di Kuala Lumpur malam tadi.

Semalam, Liew dalam satu kenyataan berkata DAP Johor telah membuat persiapan sejak Mei lalu kerana menjangkakan akan menghadapi pilihan raya negeri berasingan daripada pilihan raya umum.

Kesediaan parti itu disuarakan di tengah-tengah tercetusnya dakwaan wakil rakyat Umno di negeri itu yang mahukan Johor mengadakan pilihan raya mengejut.

Liew mendakwa wakil rakyat Umno Johor yang memihak kepada idea ini, sebagai langkah untuk menangani Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang diketuai oleh bekas pemimpin Umno Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada menjadi kuasa pilihan raya yang utama.

Walau bagaimanapun, Khaled menafikan spekulasi yang dianggap 'sembang kosong dalam aplikasi sembang mudah alih di kalangan beberapa indivdu dalam kumpulan'.

"Saya bukan sebahagian daripada kumpulan itu dan tidak melibatkan saya. Kami tidak mempunyai niat seperti itu," Khaled dipetik oleh The Star, semalam.

[Baca berita penuh]