Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Gerakan: Mahkamah buat keputusan politik mengenai hudud
Diterbitkan:  Oct 18, 2016 10:34 AM
Dikemaskini: 2:38 AM

Mahkamah apeks membuat keputusan politik dalam menolak usaha Gerakan mencabar kesahihan Kanun Jenayah Syariah II 1999 Kelantan (Pindaan 2015), kata Timbalan Ketua Pemuda Gerakan Andy Yong.

"Gerakan memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kota Bahru tahun lalu di mana saman pemula kita dengan jelas mencabar Kanun Jenayah Enakmen (1999) Kelantan dan bukannya Pindaan 2015.

"Jadi adakah undang-undang yang diluluskan pada 1999 itu adalah premature?" soalnya dalam posting di Facebook.

"Kami tidak membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan tetapi permohonan baru kepada Mahkamah Persekutuan. Kebenaran tidak diberikan kerana pemohon Islam kita tidak menyatakan agamanya dalam afidavit itu.

"Ironinya (Datuk) Zaid Ibrahim memfailkan saman yang sama pada tahun 2003 dan kebenaran diberikan walaupun beliau tidak menyatakan agamanya," katanya.

Katanya, pendekatan undang-undang Gerakan berdasarkan diketuai oleh seorang bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, yang juga peguam utama parti itu di Mahkamah Persekutuan, manakala peguam lain mempunyai pengalaman litigasi lebih daripada 15 tahun.

"Autoriti kes terutamanya dari negara-negara Komanwel iaitu Hong Kong dan India memihak kepada kes kita namun mahkamah menolak untuk membuat keputusan mengenai merit.

"Mereka yang mengikuti kes ini dengan teliti terutama dari golongan pengamal undang-undang akan memahami bahawa ini adalah jelas satu keputusan politik," katanya.

Ahli Gerakan, Tuan Mat Tuan Wil, Soh Hoon Lee dan Chung Mon Sie memfailkan saman pemula itu pada 18 Mac 2015, hari enakmen berkenaan dibentangkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.

Kerajaan negeri dinamakan sebagai defendan.

Ketiga-tiga mereka memohon kebenaran Mahkamah Tinggi untuk merujuk cabaran perlembagaan hudud kepada Mahkamah Persekutuan tetapi ditolak.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS