MP: Sertai mega bank China jejaskan hubungan dengan AS?
Beberapa anggota Parlimen hari ini mempersoalkan bagaimana hubungan Malaysia dengan China dan Amerika Syarikat (AS) akan terjejas dengan langkah negara Bank Pelaburan Infrastruktur Asian (AIIB) yang diterajui oleh China.
Ahli Parlimen Jasin dari BN, Datuk Ahmad Hamzah bertanya kerajaan jika tindakan tersebut menambah baik hubungan dengan China selepas Malaysia bersetuju dengan AS untuk menyertai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).
"Untuk TPPA, kita ketepikan China. Tetapi dengan AIIB, kita berbaik-baik dengan China?" tanya Ahmad ketika membahaskan Rang Undang-undang (RUU) AIIB hari ini.
RUU tersebut akan membuka jalan kepada Malaysia untuk menganggotai AIIB.
Sementara itu Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR, Wong Chen menyokong penyertaan Malaysia dalam AIIB kerana ia bakal membuka peluang lebih banyak kepada negara ini dari segi pembiaya kewangan.
"Kemampuan untuk memilih sama ada untuk meminjam dari AS (melalui Bank Dunia) atau China (menerusi AIIB) adalah sesuatu yang baik," ujar beliau semasa pada persidangan Dewan Rakyat.
Wong menambah, AIIB akan memecahkan monopoli Amerika Syarikat dan membolehkan negara-negara kecil untuk mendapatkan tawaran yang lebih baik dalam pinjaman pembangunan.

