Yayasan DiCaprio kata akan pulangkan derma jika dari 1MDB
Yayasan kebajikan pemenang Oscar Leonardo DiCaprio akan memulangkan hadiah atau derma kepadanya jika ianya didapati datang dari 1MDB, yang sedang disiasat atas dakwaan pengubahan wang haram, kata wakilnya semalam.
Dalam komen pertama berkaitan siasatan pelbagai negara terhadap firma itu, DiCaprio berkata, dia bekerjasama dengan pihak berkuasa Amerika untuk menentukan sama ada wang itu datang dari sumber-sumber yang boleh dipersoalkan, katanya wakilnya itu.
Pada bulan Julai sebuah syarikat produksi Hollywood dituduh dalam satu saman sivil AS menggunakan AS$100 juta yang menurut pihak pendakwa, telah diseleweng dari dana 1MDB untuk membiayai filem lakonan DiCaprio pada 2013 'The Wolf of Wall Street'.
Dalam satu kenyataan semalam, wakil DiCaprio berkata beliau pertama kalinya mengetahui tentang siasatan itu melalui laporan akhbar pada bulan Julai.
"Dia segera meminta wakilnya mendapatkan Jabatan Kehakiman untuk menentukan sama ada dia atau yayasannya, Leonardo DiCaprio Foundation (LDF), pernah menerima apa-apa hadiah atau sumbangan amal yang berkakitan secara langsung atau tidak langsungyang dengan pihak-pihak berkenaan, dan jika ya, supaya mengembalikan hadiah atau derma itu secepat mungkin," kata kenyataan itu.
"Semua kontak telah dimulakan oleh Encik DiCaprio dan LDF," katanya.
Syarikat filem, Red Granite Pictures, telah berkata bahawa setahunya, tiada wang yang diterimanya adalah tidak sah dan ia tidak melakukan sebarang kesalahan.
Yayasan Leonardo DiCaprio ditubuhkan pada 1998, untuk menyokong pelbagai projek alam sekitar. [Baca berita penuh]
Reuter

