Hadirin Hadiah Gwangju untuk majlis anugerah Hak Asasi Manusia di Korea Selatan pada bulan Mei lalu berdepan dengan pentas 'kosong' apabila dua daripada penerima anugerah itu menghadapi sekatan perjalanan dari kerajaan negara masing-masing.

Lima bulan kemudian, Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah akhirnya menerima anugerah itu daripada Pengarah Eksekutif Yayasan Memorial Kim Yang Rae, dalam satu majlis yang diadakan hari ini di Vistana Hotel di Kuala Lumpur.

Dalam ucapannya, Maria berkata salah seorang daripada dua pencalonan oleh BERSIH untuk anugerah tahunan itu juga diharamkan daripada memasuki Malaysia.

"Mugiyanto dicalonkan BERSIH untuk anugerah ini tetapi dia tidak ada di sini kerana dia juga t dilarang memasuki Malaysia," kata Maria merujuk kepada aktivis reformasi Indonesia Mugiyanto yang diusir ketika tiba di Kuala Lumpur pada bulan Januari lalu.

"Terima kasih kerana mengiktiraf perjuangan rakyat Malaysia," kata Maria, yang menyifatkan anugerah itu sebagai satu bentuk perpaduan untuk pembangunan demokrasi di rantau ini.

Antara lain, anugerah itu sebagai mengiktiraf usaha BERSIH untuk memperjuangkan pembaharuan pilihan raya.

Anugerah tahunan ini adalah anjuran NGO Yayasan Memorial Korea 18 Mei yang ditubuhkan sempena memperingati pemberontakan 1980 rakyat di Gwangju, Korea Selatan.

Dalam ucapannya, Kim berkata pentas kosong semasa majlis pertama adalah bukti jelas realiti hak asasi manusia di kebanyakan negara-negara Asean.

[Baca berita penuh]