Shafie undi ikut Sarawak, tak akan sokong hudud Hadi
Zikri KamarulzamanDiterbitkan: Oct 19, 2016 1:39 PM | Dikemas kini: Oct 19, 2016 2:06 PM
Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Shafie Apdal akan mengundi tidak menyokong usul hudud Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Biar jelas, saya tidak akan menyokongnya," kata Shafie kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen.
Ditanya apa pendirian parti itu, Shafie berkata ia adalah sama seperti Sarawak.
Beliau juga berkata bahawa kerajaan perlu untuk memenuhi keperluan dan kehendak rakyat Sabah.
BN Sarawak telah berkata bahawa mereka tidak akan menyokong usul Hadi, iaitu Rang Undang-Undang Ahli Persendirian untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah).
Menurut pengkritik, cadangan pindaan untuk memperkasakan mahkamah syariah itu akan membawa kepada pelaksanaan hudud di negara ini .

