MAS runding sewakan superjumbo untuk haji, umrah
Malaysia Airlines sedang terlibat dalam rundingan untuk menyewakan pesawat superjumbo A380 miliknya kepada syarikat pengendali umrah dan haji, kata ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat itu Peter Bellew.
Langkah itu, menurut Reuters, kelihatan bertujuan untuk mengurangkan kerugian dan menangani permintaan suram terhadap pesawat besar.
Malaysia Airlines mempunyai enam buah pesawat terbesar di dunia itu.
Ia bagaimanapun tidak memberi kesan ekonomi yang ketara ketika syarikat itu sedang mengurangkan kos, sebagai sebahagian daripada agenda penstrukturan semula.
Usaha menjual jet-jet itu sebelum ini tidak berjaya.
Rundingan antara Malaysia Airlines dan pelanggan berpotensi mereka bermula sejak 10 minggu lalu dan Bellew yakin persetujuan dapat dicapai sebelum akhir hujung tahun ini.
Jika berjaya pesawat-pesawat superjumbo itu akan digunakan selama lapan bulan setahun.
Bellew mengambil alih jawatan itu daripada Christoph Mueller pada Julai lalu.
“Saya yakin ia akan berlaku,” kata Bellew kepada Reuters.
[Baca berita asal]

