Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membidas pembangkang yang membuat dakwaan sejak 2009 bahawa kononnya negara ini akan bankrap di bawah pentadbiran BN.

Sebaliknya, dalam posting di Facebook hari ini, beliau memberikan perangkaan skim Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang memberi manfaat kepada hanya golongan berpendapatan rendah yang semakin meningkat jumlahnya sejak diperkenalkan pada tahun 2012.

“Hakikatnya, setiap tahun kita dapat naikkan pemberian BR1M dari RM500 pada 2012 sehingga RM1,050 pada tahun ini, dan kriteria layak menerima BR1M telah diperluaskan agar lebih ramai dapat manfaat.

“Nantikan #Bajet2017 untuk pengumuman BR1M dan inisiatif lain,” tulis Najib.

Najib yang juga Menteri Kewangan akan membentangkan Bajet 2017 esok

[Baca berita penuh]