Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images

Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis tidak memerlukan sesiapa untuk mengajar mereka menjalankan tugas.

Kata ketua polis negara anggota pasukan keselamatan itu tahu apa yang perlu dilakukan mengikut tanggungjawab mereka.

"Dia tak payah bagi tahu apa yang polis, kita tahu apa nak buat.

"Pihak polis tahu tanggungjawab kami, jadi tak ada sesiapa perlu mengarahkan anggota polis untuk buat apa yang perlu," katanya kepada media hari ini.

Khalid ditemui selepas majlis perasmian perpustakaan pintar di Pusat Latihan Polis di Kuala Lumpur.

Terdahulu beliau diminta mengulas kenyataan pemimpin pemuda Umno Datuk Armand Azha Abu Hanifah yang meminta polis menahan pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah dan Pengerusi Persatuan Kebangsaan Hak Asasi Manusia (HAKAM) Datuk S Ambiga.

Semalam Armand Azha berkata polis perlu menahan kedua-dua aktivis terbabit selepas pemimpin kumpulan baju merah - yang juga ketua Umno Sungai Besar - Datuk Seri Jamal Md Yunos direman sekembalinya dari luar negara.

Armand Azha dan Jamal adalah pemimpin utama kumpulan baju merah yang berseteru dengan kumpulan BERSIH.

Beberapa kekasaran berlaku ketika penyokong BERSIH menyertai konvoi mengajak orang ramai menyertai perhimpunan anjura pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya itu pada 19 November ini.

Pada 15 Oktober lalu kekasaran itu turut melibatkan sekurang-kurangnya dua wartawan, termasuk seorang kakitangan Malaysiakini.

Kata Khalid peringatan itu bukan hanya terhad kepada Armand Azha, sebaliknya meliputi semua orang.

Mengenai penahanan Jamal Khalid berkata polis akan menjalankan siasatan menyeluruh kerana pihak berkuasa menerima banyak aduan mengenainya.

Jamal dibebaskan daripada tahanan reman petang tadi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS