Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pengasas Wikipedia gesa k’jaan tarik sekatan perjalanan Zunar
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 1:13 PM
Dikemaskini: 5:16 AM

Yayasan Jimmy Wales (JWF) yang berpangkalan di UK yang dinamakan sempena seorang daripada pengasas bersama Wikipedia, menyertai desakan antarabangsa supaya larangan perjalanan Putrajaya ke atas kartunis Zunar ditarik semula.

JWF, sebuah kumpulan hak asasi manusia dan kebebasan bersuara, menyifatkan sekatan perjalanan itu sebagai contoh kerajaan negara ini yang "tidak mempedulikan kebebasan bersuara".

"JWF mengesa pihak berkuasa Malaysia menarik semula sekatan perjalanan ke atas Zunar serta-merta dan menggugurkan semua pertuduhan terhadapnya," kata JWF dalam satu kenyataan media hari ini.

Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ul-Haque, sempat berjumpa Wales di London pada bulan Jun lalu.

Menurut JWF, Zunar memaklumkan kepada mereka bahawa beliau sejak sekian lama mengalami gangguan oleh kerajaan Malaysia yang cuba menghalangnya daripada melukis kartun yang krtikal terhadap pihak berkuasa... "

Zunar dimaklumkan mengenai larangan perjalanan apabila beliau cuba menaiki kapal terbang ke Singapura pada Isnin lalu.

Perintah larangan itu dilaporkan datang terus daripada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS