MQA nafi lantik pihak ketiga sebagai ejen
Diterbitkan: Oct 21, 2016 4:28 PM | Dikemas kini: Oct 21, 2016 4:29 PM
Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) menafikan pernah melantik mana-mana pihak luar untuk bertindak sebagai ejen dalam urusan Pengkreditan Pembelajaran Berasaskan Pengalaman Terdahulu (APEL).
MQA dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya mendapati terdapat pihak ketiga yang tidak bertanggungjawab mendakwa sebagai ejen APEL.
Oleh itu MQA mengingatkan orang ramai agar berhubung terus dengan pihaknya atau Pusat Penilaian APEL yang telah dilantik oleh MQA iaitu Wawasan Open University dan Open University Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai APEL boleh dilayari di www.mqa.gov.my/APEL.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.