Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PM nasihati rakyat kurangkan perbelanjaan, makan ‘nasi lemak anak dara’
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 4:42 PM
Dikemaskini: 8:45 AM

Dalam menggesa rakyat negara ini supaya lebih berhemah dalam menguruskan kewangan untuk keperluan isi rumah, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan mereka mengubah cara hidup.

Sebagai contoh, katanya, jika dulu mereka makan di restoran mahal, kini rakyat boleh memilih restoran yang lebih murah yang tidak kurang enaknya.

Sebagai contoh, perdana menteri memetik ‘nasi lemak anak dara’.

Nasi lemak anak dara dikendalikan oleh Siti Hajjar Ahmad, seorang graduan yang membuat keputusan untuk membuka gerai selepas gagal mendapatkan pekerjaan.

“Terkini telah viral tentang nasi lemak anak dara di Shah Alam yg diusahakan oleh seorang graduan wanita muda daripada universiti tempatan.

“Kesian, katanya dah kena saman pula (oleh majlis tempatan), kata Najib ketika membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat, petang ini.

Bagaimanapun, katanya, semangat dan usaha itu perlu digalakkan.

Selain makanan, Najib juga mencadangkan kepada ibu bapa supaya membeli mainan kurang mahal untuk anak-anak mereka bagi mengurangkan perbelanjaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS