Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Bajet untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) dikurangkan buat kali pertama sejak Bajet 2012, dan merupakan antara yang paling teruk dilanda pemotongan bajet.

Di bawah Bajet 2017 yang dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat hari ini, JPM menerima peruntukan RM15.9 bilion, berbanding RM20.3 bilion yang diperuntukkan dalam Bajet 2016.

Pengurangan sebanyak RM4.4 bilion (atau 21.5 peratus) adalah pemotongan terbesar di bawah Bajet 2017 mengikut jumlah yang dikurangkan, dan ketiga terbesar mengikut nisbah dikurangkan.

Kementerian kedua paling teruk terjejas dengan jumlah bajet yang dikurangkan adalah Kementerian Pertahanan (RM2.2 bilion atau 13 peratus), manakala dari segi nisbah pengurangan adalah Kementerian Perladangan dan Komoditi (31.3 peratus atau RM203 juta.

Peruntukan bajet JPM berjumlah RM13.5 bilion pada 2012 dan meningkat pada setiap tahun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS