Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Masih tanya siapa 'MO1', Rahman Dahlan kata, dia ada jawapan
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 9:04 PM
Dikemaskini: 1:06 PM

Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, beliau telah mendedahkan siapa itu ‘Malaysian Official’ (MO1) yang dirujuk dalam saman sivil Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat berkaitan dana yang diseleweng daripada 1MDB.

"Bukankah saya sudah beritahu di hadapan jutaan penonton antarabangsa BBC? Masih mahu bertanya?" tulisnya dalam tweet.

Rahman mengulas kenyataan seorang lagi pengguna Twitter, yang berkata mereka yang masih mempersoalkan identiti MO1 adalah "keldai".

Ini merujuk tindakan Ahli Parlimen Pakatan Harapan yang membawa sepanduk yang tertera 'Siapa MO1?' apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Bajet 2017 di Parlimen, hari ini.

Mereka kemudian meninggalkan dewan, apabila Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberitahu mereka yang tidak berminat mendengar ucapan bajet supaya beredar.

Rahman sebelum ini mengesahkan bahawa Najib adalah MO1, tetapi menegaskan memandangkan perdana menteri tidak dinamakan dalam dokumen DOJ, maka beliau tidak disiasat.

Saman DOJ itu menamakan empat individu termasuk anak tiri Najib, Riza Aziz dan ahli perniagaan kelahiran Malaysia, Jho Low yang dikatakan rapat dengan keluarga perdana menteri.

Najib berulang kali menafikan beliau menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan peribadi, dan peguam negara juga telah membersihkannya daripada sebarang salah laku.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS