Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kenaikan tol, potongan tak disebut dalam Bajet 2017
Diterbitkan:  Oct 22, 2016 9:30 PM
Dikemaskini: 1:41 PM

Ketiadaan peruntukan bagi pampasan konsesi tol dalam Bajet 2017 yang dibentangkan perdana menteri semalam menunjukkan satu perkara - kemungkinan kenaikan tol pada tahun 2017.

"Saya percaya kerajaan telah membuat keputusan untuk tidak membayar pampasan syarikat konsesi dan kadar tol akan naik.

"Saya tidak tahu yang mana syarikat konsesi lebuh raya akan menaikkan kadar tol mereka pada tahun 2017, tetapi kita tahu Menteri Kerja Raya Fadilah Yusof berkata kerajaan sedang berunding dengan beberapa syarikat konsesi lebuh raya, termasuk Lebuhraya Utara Selatan (Plus)," kata Ahli Parlimen Bayan Baru (PKR) Sim Tze Tzin.

Kemungkinan kenaikan kadar tol pada tahun 2017 tidak disebut dalam ucapan belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Peruntukan untuk subsidi minyak masak juga hilang dalam laporan anggaran perbelanjaan persekutuan, walaupun kerajaan memberi jaminan bahawa subsidi minyak akan kekal.

Apa lagi yang PM sembunyikan atau tidak disebut dalam ucapannya semalam?

Pendidikan

Peruntukan perbelanjaan pembangunan kementerian telah dipotong sebanyak RM856 juta.

Walaupun perbelanjaan buku teks, bantuan makanan, operasi sekolah rendah dan menengah serta kolej politeknik menerima rangsangan, yang lain tidak begitu bernasib baik:

  • Universiti awam - Potongan RM1.46 bilion

 

  • Hospital universiti - Potongan RM155 juta untuk hospital universiti (yang menjejaskan Pusat Perubatan Universiti Malaya, Pusat Perubatan Universiti Kebangsan Malaysia dan Hospital Universiti Sains Malaysia)

 

  • Bantuan makanan untuk sekolah berasrama - Potongan RM13.5 juta 

 

  • Bantuan perjalanan untuk pelajar sekolah berasrama - Potongan RM3.6 juta 

 

  • Tiada lagi susu percuma untuk kanak-kanak sekolah (Peruntukan 2016: RM78 juta)

 

  • Tiada lagi peruntukan untuk menaik taraf bangunan sekolah (Peruntukan 2016: RM70 juta)

 

  • Tiada lagi biasiswa mikro persekutuan (Peruntukan 2016: RM100 juta)

Kesihatan

Bajet kesihatan meningkat, dengan peningkatan pesakit, termasuk untuk perkhidmatan pergigian. Tetapi beberapa perkhidmatan akan mengalami pengurangan:

  • Pemindahan darah - Potongan RM21 juta 

 

  • Farmasi dan bekalan awam - Potongan RM86 juta (Satu item berasingan bertanda 'Farmasi dan Bekalan' menyaksikan potongan RM265.32 juta)

 

  • Penyelidikan perubatan - Potongan RM9.05 juta 

Jakim, BTN dan MKN

  • Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) - Potongan RM29.40 juta (Kebanyakannya untuk Jakim Sabah dan Sarawak)

 

  • Biro Tata Negara (BTN) - Potongan RM11.67 juta 
  • Majlis Keselamatan Negara - Potongan RM6.19 juta 

[Baca laporan penuh]

Lihat Komen
ADS