Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Zakir Naik bertemu Zahid Hamidi
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 4:54 PM
Dikemaskini: 9:05 AM

Pendakwah antarabangsa Dr Zakir Naik kembali ke Malaysia.

Beliau kali ini antaranya mengambil kesempatan bertemu dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Zahid yang juga menteri dalam negeri memuat naik gambar mereka bersama-sama di laman sosial Instragam beliau.

Ia memaparkan Zahid dengan gaya biasanya yang berkopiah putih tetapi berpakaian rasmi lengkap dengan blazer dan tali leher.

Zahid pula memakai jubah dan kopiah serta putih.

“Kunjungan pendakwah terkenal Dr Zakir Naik ke rumah saya," tulis Zahid yang telah pun menerima lebih 1000 'like' ketika berita ini ditulis.

Mereka dilaporkan bertemu di rumah Zahid.

The Star Online melaporkan Zakir hadir ke persidangan Al-Khadem di Kuala Lumpur pada Ahad.

Dalam kehadiran beliau Oktober lalu, Zakir antaranya bertemu Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Kuala Lumpur.

Mereka antaranya dikatakan membincangkan usaha dakwah di Malaysia secara khusus.

Kehadiran Zakir di Malaysia April lalu mencetuskan kontroversi selepas ia didakwa boleh menyentuh sensitiviti agama di negara ini.

Dalam siri ceramahnya, beliau terlibat mengislamkan beberapa saudara baru.

Zakir terkenal sebagai pendakwah yang sering membandingkan ajaran Islam dengan agama lain.

Lihat Komen
ADS