Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Marina sahkan serbuan bukan mengenai Sisters in Islam
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 5:30 PM
Dikemaskini: 1:35 PM

Selepas menghantar Tweet bahawa pihak polis sedang menyerbu pejabat Sisters in Islam (SIS) di Petaling Jaya, aktivis sosial Marina Mahathir kemudian menjelaskan ia tidak ada kaitan dengan NGO itu.

Beliau yang bergegas ke pejabat itu memaklumkan kepada wartawan yang hadir bahawa pihak polis sebenarnya mencari seorang kakitangan di pejabat SIS.

"Kami agak terkejut dengan cara serbuan dilakukan tetapi mereka (polis) menjelaskan ia tidak ada kaitan dengan SIS.

"Mereka tidak tahu siapa kita (SIS) sebenarnya.

"Mereka sebenarnya mencari seorang kakitangan kami untuk sesuatu (kes) berkaitan tempat kerjanya sebelum ini," katanya.

Marina berkata mereka akhirnya membenarkan polis membawa kakitangan berkenaan untuk disiasat dan menawarkan segala bantuan yang diperlukannya.

Sebelum ini, beberapa kakitangan NGO itu dilaporkan enggan membuka pintu sehingga peguam mereka tiba.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata tangkapan dibuat melibatkan seorang wanita Melayu 32 tahun yang disyaki terlibat dalam kes pecah amanah jenayah.

Suspek disiasat bawah Seksyen 408 Kanun Keseksaan susulan laporan polis mendakwa dia memindahkan lebih RM200,000 wang syarikat ke akaun peribadinya.

Pengadu menyatakan kejadian itu berlaku pada 2013.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS