Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Mahasiswa India yang beragama Hindu merungut bahawa cuti Deepavali kali ini adalah begitu singkat.

Perayaan Deepavali tahun ini jatuh pada Sabtu ini - bermakna tidak ada cuti tambahan yang diberikan.

Kerana mahu cuti lebih panjang, mereka melancarkan petisyen di talian yang setakat ini mendapat sokongan lebih 1,400 orang, termasuk Melayu dan Cina.

Ahli Parlimen Kapar G Manivannan membangkitkan perkara itu pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini, dan meminta pelajar universiti berkenaan diberikan cuti selama seminggu.

"Mereka hanya mempunyai hujung minggu untuk bersama keluarga. Satu hari bersama keluarga dan satu hari lagi dihabiskan untuk perjalanan pulang ke universiti.

"Ini adalah satu bentuk diskriminasi terhadap pelajar," kata Manivannan.

Pesta cahaya, Deepavali adalah cuti umum sehari di Malaysia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS