Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
TKM bidas anjur Penang Run sehari lepas Deepavali

Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy mengkritik penganjur acara Penang Run tahun ini kerana 'sangat tidak sensitif' terhadap perasaan masyarakat India dan sentimen Hindu di negeri itu.

Ini kerana penganjur, ActifeStyle merancang dan menganjurkan acara larian itu selang sehari selepas perayaan Deepavali.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) juga menyokong tarikh penganjuran acara itu, ujar beliau.

"Saya minta pihak penganjur untuk tangguhkan acara larian itu ke tarikh lain dan MBPP hendaklah tidak terbabit dalam menyokong ActifeStyle," jelas Ramasamy dalam kenyataan.

"Saya telah minta ActifeStyle memohon maaf kepada masyarakat India di negeri ini," tambah ADUN Prai itu.

Ramasamy menambah, berlaku kejadian yang sama pada tahun 2013 apabila kerajaan negeri dikritik kerana menganjurkan acara yang sama pada hari Thaipusam.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menafikan keterlibatannya dalam penganjuran acara berkenaan, jelas Ramasamy.

Meskipun begitu, kerajaan negeri dikritik oleh BN sebagai tidak sensitif kepada masyarakat India kerana Penang Run diadakan selang sehari selepas perayaan Deepavali.

"Berbeza dengan pembangkang, insiden sekecil itu tidak boleh menyebabkan kita menjadi tidak sensitif terhadap budaya dan sentimen agama orang India," ujar beliau lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS