Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Negara dikhuatiri terjebak dalam kancah huru-hara, tanpa penguatkuasaan undang-undang jika ekonomi disalah urus, ujar Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan), Datuk Seri Shafie Apdal.

Dalam ucapan perbahasan belanjawan, anggota Parlimen Semporna itu menekankan bagaimana Sabah dan Sarawak tidak meraih manfaat daripada kekayaan sumber aslinya.

Jelas beliau, ini terjadi kerana terdapat ramai pembodek yang mengaut keuntungan untuk kepentingan peribadi daripada hasil kekayaan negeri.

"Saya khuatir (keadaan ini akan) menyebabkan apa yang berlaku kepada negara-negara jiran kita seperti Filipina (tahun 1970-an).

"Ekonomi merudum, berlaku banyak kes-kes (jenayah) seperti kecurian, penculikan dan pembunuhan. Wujudnya pengangguran," Shafie memberitahu Dewan Rakyat.

Sabah dan Sarawak adalah negeri-negeri termiskin di Malaysia.

Filipina berada di bawah undang-undang tentera dari tahun 1972 sehingga 1985 kerana berperang melawan pemberontak komunis.

Ia adalah semasa pemerintahan Ferdinand Marcos yang cukup 'terkenal' dengan skandal rasuah.

Shafie, bagaimanapun, menjelaskan kepada pemberita bahawa beliau tidak membayangkan Malaysia mempunyai pemimpin sama seperti Marcos.

Dalam ucapannya, Shafie juga mengeluh bagaimana keperluan pendidikan di Sarawak dan Sabah dipinggirkan dengan masih terdapat banyak sekolah yang berada di takuk lama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS