Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Bandar bawah tanah terbesar dunia dirancang untuk Bandar M'sia
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 9:38 PM
Dikemaskini: 1:41 PM

China Railway Group merancang untuk membina bandar bawah tanah terbesar di dunia di Bandar Malaysia yang akan menjadi tunjang untuk rangkaian kereta api China Pan Asia, lapor Channel News Asia (CNA).

Menurut maklumat yang didedahkan oleh pegawai China Railway dalam temu bual dengan CNA, bandar ini bakal meliputi pusat membeli-belah bawah tanah, terusan, taman tema tertutup, perkampungan budaya, taman-taman dalaman, pusat kewangan serta ibu pejabat serantau terbarunya yang bernilai RM8.3 bilion.

Pengurus Besar bagi pejabat China Railway di Malaysia, Cai Zemin memberitahu CNA: "Bandar Malaysia akan menjadi permata berkilauan di koridor kereta api China. Koridor kereta api China akan menghubungkan Asia Tenggara dengan Asia Timur, Asia Barat dan Asia Selatan".

Bandar Malaysia akan menjadi pertalian di rangkaian kereta api meluas serantau dalam pelan besar-besaran China untuk menghubungkan 65 negara dalam laluan sutera versi moden.

China Railway dan Iskandar Waterfront Holdings yang berpangkalan di Johor (IWH) adalah rakan kongsi dalam konsortium yang membeli lebih daripada 60 peratus tanah Bandar Malaysia daripada 1MDB yang sarat dengan hutang.

CNA memetik Pengerusi IWH, Lim Kang Hoo yang menjelaskan bahawa Bandar Malaysia akan menjadi hab pengangkutan bersepadu yang baru di Kuala Lumpur dengan adanya kemudahan bas dan rangkaian kereta api dan dijangka mempunyai nilai pembangunan kasar sebanyak RM160 bilion di samping bakal siap dalam tempoh 20 tahun akan datang.

Laporan itu menyatakan China Railway sudah berbincang dengan kerajaan Thailand untuk membina kereta api berkelajuan tinggi yang menghubungkan Bandar Malaysia dengan Bangkok dengan rancangan selanjutnya untuk menghubungkan ke Laos, Kunming di China serta Yangon selain ibu kota Vietnam dan Kemboja.

Bagaimanapun, China Railway belum lagi memenangi tender untuk membina kereta api berkelajuan tinggi yang bakal menghubungkan Singapura dan Kuala Lumpur.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS