Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
IGP sahkan lelaki ditahan di Filipina rakyat Malaysia
Diterbitkan:  Oct 26, 2016 12:59 PM
Dikemaskini: 5:12 AM

Polis hari ini mengesahkan seorang lelaki yang ditahan di pelabuhan Pekan Maluso, Selatan Filipina, baru-baru ini adalah rakyat Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, lelaki rakyat Malaysia itu berasal dari Kelantan dan dipercayai penyokong militan Islam di selatan Filipina.

“Saya cuma sahkan suspek rakyat Malaysia berasal dari Kelantan," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Ditanya sama ada lelaki yang ditangkap ketika cuba menyelinap masuk ke sempadan negara itu
adalah pakar pembuat bom, Khalid berkata beliau tidak tahu.

Menurutnya, ini adalah dakwaan pihak Filipina.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS