Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Insiden berkembar HSA: Medivest digesa dedah rekod kepada awam
Diterbitkan:  Oct 26, 2016 11:39 PM
Dikemaskini: 3:41 PM

Ahli Dewan Undangan Negeri Senai, Wong Shu Qi menggesa Medivest Sdn Bhd untuk mendedahkan rekod penyelenggaraan dan penilaian risiko selepas dua insiden yang menimpa Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor dalam masa 48 jam.

"Sebagai aspek ketelusan dan bencana yang berlaku di Johor, Medivest perlu membuat pendedahan kepada umum mengenai rekod penyelenggaraan dan penilaian risiko berkenaan Hospital Sultanah Aminah," ujarnya.

Awal hari ini, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam mendedahkan kerja-kerja penyelenggaraan hospital itu telah dijalankan oleh firma swasta yang merupakan pembekal penyelesaian perubatan, Medivest Sdn Bhd.

Tambah Wong, Medivest juga bertanggungjawab untuk membantu merangka prosedur operasi standard dan protokol kecemasan selain melatih kakitangan hospital mengenainya.

Kejadian kedua dalam tempoh dua hari di HSA menimbulkan kebimbangan serius terhadap aspek penyelenggaraan hospital kerajaan, jelasnya.

Selain Medivest, kerajaan juga perlu mendedahkan kepada awam mengenai kontrak dengan syarikat itu atas nama ketelusan, katanya lagi.

Semua hospital kerajaan di Johor telah menerima khidmat Medivest sejak tahun 1996 dan syarikat itu menerima pembaharuan konsesi 10 tahun pada 2015.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS