Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hakam mahu UM, UKM tarik balik surat tunjuk sebab
Diterbitkan:  Oct 29, 2016 11:44 AM
Dikemaskini: 3:50 AM

Dua universiti digesa agar menarik balik surat tunjuk sebab yang dikeluarkan ke atas pelajar-pelajar yang mengambil bahagian dalam himpunan #TangkapMO1 pada Ogos yang lalu.

Pemantau Hak Asasi Manusia, Hakam berkata, Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu menghormati hak pelajar untuk berhimpun dan menyatakan kemarahan terhadap skandal rasuah yang mendapat perhatian dunia.

"Himpunan # TangkapMO1 dimulakan dan dipimpin oleh para pemimpin belia dan kebanyakannya disertai oleh belia yang berani mengambil pendirian membantah skandal kewangan terbesar yang telah menggegarkan negara kita.

"Skandal tersebut disebut-sebut sebagai 'skandal kewangan terbesar dunia' dan melibatkan 1MDB dan penjawat awam yang dikenali sebagai MO1 (Malaysia Official 1).

"Kes ini dibangkitkan oleh anggota Parlimen tempatan dan pelbagai organisasi masyarakat sivil sejak dua tahun lalu.

"Siasatan oleh banyak agensi penguatkuasaan undang-undang daripada tidak kurang sembilan negara asing sedang dijalankan.

"Surat khabar dan media dari seluruh dunia menerbitkan secara meluas kepada 'rampasan' sumber negara," kata Hakam dalam kenyataan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS