Paling Popular
Terkini
story images
story images

Isu sama ada Datuk Ibrahim Ali menolak untuk menyertai Parti Peribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak timbul memandangkan parti baru itu dan PERKASA mempunyai matlamat yang sama.

Malah salah seorang pengasas BERSATU yang enggan namanya dipetik berkata, isu penglibatan bekas anggota parlimen Pasir Mas itu bersama parti berkenaan juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat.

"Ibrahim dengan cara dan gerakannya sendiri dan kita pun begitu juga.

"Soal dia tolak atau kami tidak menawarkannya (masuk menyertai parti) tidak timbul. Namun ramai antara kita mempunyai matlamat sama.

"Jadi lebih baik kita fokus kepada matlamat untuk menyelamatkan Malaysia," kata pemimpin berkenaan kepada Malaysiakini.

Isu ini timbul apabila penulis pojok Mingguan Malaysia, Awang Selamat mendakwa BERSATU kini bergelut dengan masalah dalaman.

Antaranya kata penulis itu ialah peletakan bekas naib ketua Umno Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang mengundang pelbagai spekulasi.

Katanya penglibatan beberapa bekan pemimpin atasan Umno - seperti Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih belum memberikan tarikan kuat kepada orang ramai, termasuk golongan muda.

"Tiada faktor wow. Senario sudah berubah dan itulah realitinya," tulis Awang Selamat.

Penulis pojok itu juga mendakwa Ibrahim yang juga presiden PERKASA serta majoriti ahli dewan tertinggi pertubuhan pendesak Melayu itu menolak pelawaan BERSATU.

Bagaimanapun laporan menyebut, tiadanya Ibrahim bersama BERSATU dan Dr Mahathir ada kaitan dengan sejarah PERKASA sebelum ini.

Lihat Komen
ADS