Siasatan gesaan menteri boikot peniaga Cina masih dengan DPP
Siasatan polis terhadap Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung gesaannya supaya memboikot peniaga Cina masih berada di pejabat timbalan pendakwa raya, hampir dua tahun selepas kenyataan kontroversi itu dibuat.
Dalam jawapan bertulis parlimen, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kertas siasatan telah diserahkan pada 23 Mac tahun ini.
Selepas membuat gesaan itu Februari tahun lepas, Ismail Sabri, menteri pertanian dan Industri asas tani menjelaskan bahawa gesaannya itu tidak ditujukan kepada semua masyarakat Cina.
Sebaliknya, katanya, ia hanya kepada kumpulan itu yang enggan menurunkan harga barang seiring dengan harga baru petrol dan diesel yang diumumkan sebelum itu.
Kes itu disiasat bawah Seksyen Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan, berkaitan kenyataan yang dikhuatiri mendatangkan khianat awam.
Jika sabit kesalahan, beliau boleh didenda penjara sehingga dua tahun, dipenjara atau kedua-dua sekali.

