Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Pemimpin baju merah yang berkaitan dengan Umno, Datuk Seri Jamal Md Yunos mahu penyokongnya untuk berhimpun dan membantah di luar pejabat Malaysiakini Sabtu ini.

“Kami lihat tempat ini (pejabat Malaysiakini) sesuai kerana Malaysiakini adalah juga penerima dana (George) Soros,”katanya kepada pemberita di luar balai polis daerah Dang Wangi petang ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Md Amin Nordin Abdul Aziz yang berkata Dataran Merdeka adalah kawasan larangan bagi penyokong baju merah dan juga kepada penyokong BERSIH.

“Saya menghormati apa jawapan Datuk Bandar. Kami telah memohon dan lakukan apa yang sepatutnya,” kata Jamal yang juga adalah Ketua Umno Bahagian Sungai Besar.

Jamal sebelum ini telah membuat laporan polis terhadap BERSIH atas dakwaan bahawa pakatan reformasi pilihan raya itu adalah penerima dana daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan oleh jutawan, George Soros.

Sementara itu, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan berkata adalah hak demokrasi bagi kumpulan baju merah mengadakan bantahan secara aman.

"Kami telah memberikan penjelasan terperinci mengenai dana yang diperolehi daripada Open Society Foundation (OSF) dan lebih daripada bersedia untuk bekerjasama dengan pihak berkuasa sekiranya ada siasatan.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, Malaysiakini bukan mahu menjatuhkan kerajaan tetapi sebaliknya menuntut mereka yang berkuasa bertanggungjawab terhadap rakyat.

“Ini adalah kepada peranan asas mana-mana organisasi media," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS