Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
ACCCIM: Malaysia tidak akan jadi boneka China
Diterbitkan:  Nov 3, 2016 12:22 PM
Dikemaskini: 4:27 AM

Komuniti perniagaan Cina Malaysia menafikan dakwaan negara ini akan menjadi boneka kepada Beijing kerana memberikan kontrak kepada negara berkenaan.

Sebagai negara yang mengamalkan pasaran bebas, Presiden Gabungan Dewan Perdagangan dan Perindustrian Cina Malaysia (ACCCIM) Datuk Ter Leong Yap berkata, negara ini sentiasa mengalu-alukan pelaburan asing.

Menolak tanggapan negara ini boleh diperalatkan China, Ter berkata banyak projek di negara ini dilaksanakan secara terbuka kepada semua pihak.

"Pelaburan asing penting kepada negara ini, justeru kita wajar mengalu-alukan mereka.

"Selain China negara ini juga didatangi pelabur dari Jepun, Korea, Taiwan dan sebagainya," kata beliau dipetik Sin Chew Daily hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang mengadakan lawatan rasmi enam hari - mulai 31 Oktober lalu - ke China.

Lawatan itu turut disertai beberapa menteri dan tokoh perniagaan. Ter adalah seorang daripada anggota delegasi kerajaan.

Sepanjang lawatan itu Malaysia menandatangani beberapa perjanjian dengan China membabitkan pelaburan bernilai ratusan bilion ringgit.

Kata Ter jalinan kerjasama ekonomi antara Kuala Lumpur dan Beijing itu wajar dilihat dengan pandangan terbuka.

"Kita mengamalkan pasaran ekonomi terbuka, sebuah negara yang berada di bawah WTO (Pertubuhan Perdagangan Dunia) dan bergantung kepada pelaburan asing.

"Kita mesti menerima baik pelaburan dan pada masa sama ahli perniagaan tempatan juga perlu sentiasa berdaya saing," katanya.

Sebelum ini bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan kerajaan, beberapa perjanjian ditandatangani dengan Najib dengan China mungkin boleh mengancam kedaulatan negara.

Antara isu yang boleh mengancam negara, kata Dr Mahathir, ialah berkaitan wilayah negara di Laut China Selatan yang turut dituntut Beijing.

Isu yang lebih menarik perhatian Dr Mahathir ialah pinjaman dibuat Malaysia dari China untuk membina projek Rangkaian Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS