Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Video lelaki kena tampar minta derma jadi viral
Diterbitkan:  Nov 3, 2016 12:58 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Video seorang lelaki yang menampar seorang pengutip derma tersebar luas di laman media sosial.

Menurut akhbar Sinar Harian, kejadian berlaku di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak.

Memetik laporan portal tempatan, lelaki terbabit pada mulanya memarahi pengutip derma berkenaan yang mendakwa mengutip derma untuk pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.

Pengutip derma itu menafikan dia menipu dan mendakwa dirinya adalah wakil dari jabatan agama.

Bagaimanapun, lelaki itu memarahinya dan mempertikaikan kesahihan 'cerita' pengutip derma tersebut.

Lelaki itu kemudian menampar pengutip derma itu sambil mencabarnya datang semula dengan membawa wakil pejabat agama.

Video ini telah dikongsi lebih 3,000 pelayar di Facebook, dengan sebahagian besar warga maya membidas tidakan lelaki itu yang menampar pengutip derma tersebut.

"Tak mau derma sudah...tak payah la tampar," kata Mohd.

"Kesiannya. Kalau taknak derma, tak payah la layan. Jalan je," kata Shahirah.

Individu yang memuat naik video berkenaan dilaporkan berkata bahawa beliau mahu menjadikan video itu viral kerana hak menghukum bukan tugas orang ramai.

“Kita derma pahala sedekah kita dapat. Tu bahagian kita. Ke mana duit sedekah tu pergi, tu urusan dia dengan Allah,” katanya.

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS