Agensi berita negara menarik balik penggantungan pengacara popular Ruang Bicara Bernama TV, Dahlan Maamor.
Dahlan mendakwa digantung kerja susulan 'protes hebat daripada media Umno'.
Tindakan itu dikatakan dibuat selepas Dahlan menulis di Facebook mengenai pandangan peguam Adnan Seman yang memohon Datuk Seri Najib Razak berfikir secara serius untuk berundur.
Pemangku pengarah operasi saluran itu Hakimi Zuffrida Mohd Zain juga mengesahkan tindakan disiplin diambil terhadap Dahlan susulan tulisan itu.
“Bila kami beri surat penggantungan minggu lepas, kami tidak nyatakan tarikh (penggantungan) kerana kami perlu bincangnya dalam mesyuarat.
“Tetapi kami putuskan seminggu sudah cukup, beliau boleh masuk kerja balik. Beliau boleh ke udara lagi,” katanya kepada Malaysiakini.
[Baca berita asal]
