Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kazim alami pendarahan usus tapi kian pulih
Diterbitkan:  Nov 8, 2016 1:45 PM
Dikemaskini: 5:49 AM

Penceramah terkenal Datuk Mohd Kazim Elias dilaporkan mengalami pendarahan usus namun keadaannya beransur pulih.

Menerusi kemas kini status di Facebook beliau, tokoh yang pernah ditawarkan menjadi anggota Majlis Tertinggi Umno itu memberitahu pendarahan berkenaan sudah berhenti.

"Muntah pun sudah tak ada. Syukur," tulisnya.

Bagaimanapun kata Mohd Kazim doktor menghentukan sementara waktu pengambilan ubat mencairkan darah bagi membolehkan pendarahan pada ususnya dihentikan.

Prosedur itu katanya membawa kesan lain pada tubuhnya.

"Sekarang apabila (pengambilan) ubat mencair darah dihentikan, ada kesan pula kepada jantung," katanya.

Pendakwah dan personaliti televisyen itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta di Ipoh pada 5 November lalu dan tiada pelawat dibenarkan mengunjunginya ketika itu.

Beliau dilaporkan mengadu berasa kurang sihat dan kepenatan di rumahnya.

Sebelum itu Mohd Kazim dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Kerian, Kelantan kira-kira lapan bula lalu.

Sejak berita itu diketahui beberapa khabar angin dilaporkan tersebar, termasuk mendakwa Mohd Kazim terkena sihir.

Khabar angin lebih serius pula mendakwa beliau sudah meninggal dunia.

Ia mendorong keluarga beliau membuat kenyataan meminta semua pihak menghentikan penyebaran berita tidak benar berkenaan.

Mohd Kazim memberitahu beliau menghadapi jadual harian yang sibuk dan pada masa sama tidak mendapat rehat serta tidur mencukupi.

"Pengambilan ubat yang banyak turut menyumbang masalah ini," katanya.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS