Wartawan Wall Street Journal (WSJ), Rachel Pannett diusir dari satu sesi taklimat mengenai 1MDB di Sydney kerana dia 'menyerbu' majlis itu, ujar moderator program, Tun Faisal Ismail Aziz.

"Tak malu lah, gate crashed event (serbu acara) orang beb, datang tidak diundang, paling tidak call (telefon) dulu organiser, tanya boleh datang ke tak? Takkan u (kamu) dididik macam tu?

"Belajarlah jadi civilised (bertamadun) sikit. Kata mentaliti kelas pertama, takkan gate crashed (serbu) kot hahaha," katanya Tun Faisal yang juga penasihat Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) secara berjenaka di Twitter.

Pannett yang juga Timbalan Ketua Biro WSJ cawangan Sydney berkata, beliau telah diusir daripada acara 'awam' tersebut semalam.

Rakan sekerja beliau, Tom Wright berkata, hanya pelajar Malaysia dibenarkan untuk bertanyakan soalan.

Sebelum ini, WSJ menjadi antara media yang melaporkan skandal 1MDB secara meluas.

Menurut Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP, Tony Pua, acara yang menampilkan Presiden 1MDB, Arul Kanda Kandasamy diadakan di University of New South Wales.

Jasa, sebuah jabatan di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah menganjurkan beberapa sesi taklimat untuk para pelajar di beberapa universiti awam di Malaysia.

[Baca berita penuh]