Seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang disyaki terlibat dalam kes rasuah dan penyelewengan projek bernilai RM50 juta akan ditahan dalam masa
terdekat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Azam Baki berkata suspek lelaki yang berumur 50-an itu akan ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaaan.

"Mungkin akan ditahan dalam sehari dua lagi," katanya ringkas ketika
dihubungi Bernama hari ini.

Media hari ini melaporkan suspek disyaki memberikan projek bernilai jutaan ringgit kepada syarikat-syarikat berkepentingan.

Kegiatan rasuah itu berlaku ketika dia memegang jawatan CEO selama lima tahun bermula tahun 2010. -Bernama