Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MP cadang pendidikan seks bermula dari tadika
Diterbitkan:  Nov 15, 2016 4:26 PM
Dikemaskini: 8:29 AM

Anggota parlimen Kulai Teo Nie Ching hari ini mencadangkan pendidikan seks diajarkan kepada kanak-kanak seawal peringkat tadika lagi.

Ini berikutan pendedahan jumlah terkini penderaan seksual melibatkan kanak-kanak di negara ini.

“Pendidikan seks telah dilaksanakan di pelbagai negara membangun dan kita perlu mengikuti contoh ini untuk mengelakkan lebih banyak tragedi seperti Richard Huckle dan banyak lagi kes penderaan seksual di rumah,” katanya.

Huckle, warganegara British yang dijatuhi 23 hukuman penjara seumur hidup (berjalan serentak) oleh mahkamah United Kingdom, selepas mengaku bersalah terhadap 71 kes penderaan seksual kanak-kanak.

Dia dipercayai terlibat mendera 200 kanak-kanak, terutamanya masyarakat miskin di Kuala Lumpur.

Jawapan parlimen Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi pada Teo pada 9 November menyebut tiada aduan salah laku seksual dilapor terhadap Huckle selama dia tinggal di Malaysia.

Kegiatannya hanya diketahui umum selepas ditangkap oleh polis UK.

Teo juga memetik kenyataan seorang pakar sakit puan Hospital Melaka semalam yang berkata hospital mendapati sekurang-kurangnya tiga kes penderaan seksual kanak-kanak setiap minggu.

Ia dikatakan meningkat setiap kali musim cuti sekolah dan perayaan.

Katanya, secara purata 18,000 remaja di Malaysia memerlukan batuan perubatan daripada klinik kerajaan setiap tahun kerana mengandung.

Ia mencecah angka 50 kes setiap hari.

“Semua statistik mengejutkan ini membuktikan kita perlu menjalankan pendidikan seks menyeluruh daripada tadika tanpa bertangguh-tangguh lagi.

“Saya hargai usaha kerajaan untuk gubal rang undang-undang jenayah seksual terhadap kanak-kanak. Bagaimanapun pencegahan juga main peranan penting.

“Seks bukan mata pelajaran tabu kerana kanak-kanak perlu dilindungi,” katanya.

Lihat Komen
ADS