Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Baju Merah lapar? Banyak gerai makanan, kata BERSIH
Diterbitkan:  Nov 17, 2016 1:43 PM
Dikemaskini: 6:37 AM

Peserta demonstrasi gerakan Baju Merah tidak perlu bimbang mereka akan "berlapar" ketika menghadiri perhimpunan balas menentang BERSIH di Kuala Lumpur pada Sabtu ini, kerana terdapat banyak gerai makanan sekitar.

Ahli Jawatankuasa BERSIH, Hishamuddin Rais berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos semalam yang berkata, beliau tidak dapat menjamin tindakan pengikutnya yang 'lapar' semasa perhimpunan BERSIH5 pada Sabtu ini kerana pihaknya tidak menyediakan makanan.

"Saya fikir jika penyokongnya (Jamal) lapar, ada banyak warung pada hari itu. Ini pengalaman BERSIH 1, 2, 3 dan 4.

"Jadi tidak ada masalah untuk dapat air, nasi kandar atau nasi bungkus," kata Hishamuddin pada sidang media hari ini di pejabat BERSIH.

Beliau berkata, Baju Merah yang kelaparan boleh membeli air atau makanan semasa perhimpunan tersebut.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS