Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Polis akan lakukan terbaik elakkan pertempuran esok’

Pihak polis akan melakukan yang terbaik untuk memastikan bahawa tidak akan berlaku sebarang pertempuran semasa perhimpunan BERSIH5 dan juga perhimpunan balas Baju Merah, esok.

"Kami sedang melakukan yang terbaik untuk memastikan tidak akan ada pertempuran.

"Polis bersedia dengan kekuatan mencukupi bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam.

"Kami mahu memastikan bahawa semua adalah selamat," kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Shah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau juga diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam yang menolak permohonan injuksi tiga pihak yang mahu menghentikan perhimpunan berkenaan.

Hakim S Nantha Balan memetik Seksyen 18 Akta Perhimpunan Aman yang memberi polis kuasa untuk mengalihkan mana-mana kumpulan saingan ke tempat, lokasi, masa atau hari yang lain.

Mengulas penghakiman itu, Amar Singh menjawab: "Inilah apa yang kita lakukan. Kita akan memastikan tidak akan ada pertembungan antara 'merah' dan 'kuning'.

"Akan berlaku pertengkaran di antara mereka. Inilah apa yang kita lakukan, untuk memastikan mereka tidak bertemu," katanya.

Amar Singh, pada sidang akhbar sebelum ini, mengesahkan bahawa polis menerima notis daripada kedua-dua BERSIH dan Baju Merah untuk mengadakan himpunan masing-masing.

Walau bagaimanapun, kerana kedua-dua pihak gagal mendapatkan kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk berkumpul di kawasan yang dinyatakan dan polis tidak memproses notis mereka.

"Kedua-dua pihak gagal memenuhi syarat di bawah PAA,” katanya.

Sementara itu, portal Berita Harian Online memetik Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ibrahim, berkata seramai 7,000 anggota dan pegawai polis ditugaskan mengawal perhimpunan BERSIH 5 dan gerakan Baju Merah esok.

Katanya, polis mempunyai anggota mencukupi bagi menjaga keamanan dan ketenteraman rakyat.

"Polis akan bertindak mengikut undang-undang, termasuk menangkap sesiapa sahaja yang mahu mencetuskan ketegangan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS