Seorang hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menarik diri daripada mendengar permohonan semakan kehakiman yang difailkan empat pemohon terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Hakim Datuk Hanipah Farukullah memberitahu pihak di dalam kamar beliau menarik diri atas alasan mengenali Pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan keluarganya.

Dengan ini, peguam memberitahu pemberita, Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin akan memutuskan siapa yang akan menjadi hakim baru untuk mendengar kes itu.

Kes hari ini menyaksikan peguam bagi Pengerusi BERSIH2.0 Maria Chin Abdullah, kerajaan Selangor, tiga penduduk dari Hulu Selangor dan tiga penduduk dari kawasan Parlimen Setiawangsa, mahu mencabar persempadanan semula terbaru yang dilakukan SPR.

[Baca berita penuh]