Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Elak bayar cukai: 128,165 individu dilarang ke luar negara
Diterbitkan:  Nov 21, 2016 4:33 PM
Dikemaskini: 8:36 AM

Seramai 128,165 individu dihalang daripada meninggalkan negara kerana gagal membayar cukai yang kesemuanya berjumlah RM3.4 bilion setakat bulan Jun yang lalu, menurut Jabatan Audit Negara.

Sekatan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Lembaga Hasil Dalam Negeri sejajar dengan Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 dan Seksyen 22 Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976.

Mereka yang terbabit dikehendaki menjelaskan cukai sepenuhnya sebelum sekatan ke atas perjalanan mereka ke luar negara boleh ditarik balik.

Bagaimanapun, mereka boleh memohon untuk mendapatkan pelepasan bersyarat atau sementara, jika memenuhi peraturan tertentu.

Pasukan audit berpuas hati dengan pengurusan larangan perjalanan yang dikenakan oleh LHDN terutamanya dari segi langkah-langkah penguat kuasaan.

"Ini ditunjukkan dengan peningkatan kes yang direkodkan, ditambah jumlah yang terlibat ke atas pendapatan dan cukai keuntungan harta tanah bagi tahun 2013 hingga 2015," katanya dalam Laporan Ketua Audit Negara (Siri 2) yang dikeluarkan hari ini.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS