Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Setiausaha Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Pulau Pinang, K Veeriah menggesa perwakilan kesatuan itu mengutuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma).

Veeriah mencadangkan resolusi dibuat pada Persidangan Perwakilan Tiga Tahun Sekali (TDU) MTUC pada 29 dan 30 November untuk mengutuk penggunaan Sosma pada Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah.

TDU akan diadakan di Pusat Sivik Petaling Jaya dan akan melibatkan 600 perwakilan termasuk dari Sabah dan Sarawak.

Pada masa ini, MTUC mempunyai kira-kira 6,000 anggota di seluruh negara.

"Saya juga yakin bahawa MTUC mesti mengutuk semua undang-undang yang bertentangan dengan prinsip-prinsip asas hak asasi manusia," kata Veeriah kepada Malaysiakini.

"Saya bukan perwakilan ke TDC dan tidak mempunyai suara tetapi anda semua (perwakilan) boleh membuat perbezaan," tegas beliau.

Maria ditahan di bawah Sosma pada malam perhimpunan BERSIH5 pada 19 November.

Kira-kira 40,000 berhimpun di Kuala Lumpur untuk menuntut antara lain, peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berikutan skandal kewangan 1MDB.

Anak-anak Maria menegaskan ibu mereka bukan pengganas dan telah membuat laporan polis terhadap penahanan tersebut.

Lihat Komen
ADS